Pada akhir November 2008 yang lepas, aku, dua orang adikku dan dua orang kawanku telah bercuti di Medan Indonesia. Aku bersama suami, Wana adikku membawa 4 orang puterinya, Ainol adikku bersama suami dan seorang puterinya, manakala kawanku kak Paridah telah membawa suami dan 4 orang puterinya. Seorang lagi kawanku yang menjadi ketua rombongan PN. Mahanom telah bersama suaminya dan dua orang anaknya. Wah! seronoknya. Kami tiba di Airport Medan pada pukul 9.45 pagi. Dari situ kami telah dibawa melawat di sekitar bandar Medan yang dikatakan bandar ketiga besar di Indonesia setelah Jakarta dan Jogjakarta. Persinggahan pertama ialah di Istana Maimon. Unik juga struktur bangunan Istana Maimon yang diadun dengan bekas permerintahan Belanda suatu masa dulu. Seterusnya kami telah dibawa ke sebuah Restoran Minang untuk menjamu selera. Wah! hidangan kepala ikan masak lemak dengan udang goreng cukup membuka selera. Kebetulan kami semua sudah lapar lalu licin segala lauk pauk yang disajikan. Setelah itu kami meneruskan perjalanan ke Tasik Danau Toba. Dalam perjalanan kami telah singgah di sebuah kilang makanan yang berasaskan kacang. Enak juga kacang-kacang di situ yang telah diproses dengan pelbagai bentuk dan rasa.
SELAMAT DATANG KE BLOG MAWARPUTIH ABYDAA
Sabtu, 24 Januari 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan