SELAMAT DATANG KE BLOG MAWARPUTIH ABYDAA



Ahad, 28 Disember 2008

sambung...

Tetapi pada tarikh 1 Muharram, tepat jam 1.05 malam, bonda telah selamat melahirkan saya. Dengan kuasa dan khudrat Allah, malam 1 Muharram itu sebaik saya dilahirkan telah turun hujan selebat-lebatnya, membasahi bumi Muar. Kata bonda lagi, hujan telah turun tidak berhenti hampir 7 hari. Seluruh penduduk Muar amat gembira dan pada malam itu mereka keluar sujud syukur dan bersorak riang bermandikan hujan. Itulah kisahnya. Ayahanda pernah berpesan kepada saya... berhati-hati apabila mengeluarkan kata-kata terutamanya kepada darah daging sendiri, kerana setiap perkataan dari mulut saya umpama doa yang mudah dimakbulkan Allah. Kata orang tua-tua, `mulut masin'. Pernah juga orang alim menilai saya sebagai pembawa rezeki. Walau apapun saya....saya amat bertuah dilahirkan di bumi Malaysia ini. Ayahanda memberi nama saya sebagai `Abidah' yang bermaksud `perempuan yang kuat beribadah' . Insyallah... sebenarnya itulah doa daripada ayahanda dan bonda agar saya menjadi anak yang solehah yang sentiasa mendoakan kedua orang tuanya. Amin....

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH

Assalamualaikum w.b.t

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah kepada semua umat Islam di seluruh dunia khususnya di Malaysia. Syukur Al-hamdullilah, setelah sekian lama negara Malaysia masih lagi dalam keadaan aman tenteram, rakyat pelbagai kaum hidup dalam hamoni dengan suasana gembira dan rezeki melimpah ruah. Dibandingkan dengan negara jiran yang selalu kita dengar dan lihat di kaca Tv masih dalam keadaan kucar kacir dan huru hara. Berbanyak-banyak syukur atas segala nikmat yang dikurnia dan dianugerahi Allah, pencipta sekian alam dan makhluk di dunia ini.
Satu Muharram cara kebetulannya ialah tarikh kelahiran saya dalam bulan Islam. Menurut dari kisah bonda, semasa bonda mengandungkan saya, keadaan begitu susah dan senggara. Seluruh daerah Muar ketika itu telah dilanda kemarau selama hampir enam bulan. Semua penduduk sudah resah dan gelisah kerana setitik hujan pun tidak turun di bumi Muar itu. Banyak telaga dan perigi telah digali untuk mendapatkan air bagi keperluan penduduk Muar.