Aku anak sulung daripada 7 orang adik beradik. Bondaku bernama Azizah dan ayahanda Cikgu Omar b. Kassim. Ayahandaku sangat garang. Maklumlah sebelum jadi guru agama dia adalah bekas anggota rejimen askar Melayu zaman perang dunia ke 2 dulu. Bondaku sangat cantik. Macam bintang filem dulu-dulu. Masa bondaku remaja, ramai juga jejaka2 kampung yang tergila-gilakan bondaku. Tetapi yang dapat memenangi hati bonda ialah ayahandaku. Ayahandaku cikgu Omar yang amat dedikated sekali dalam mendidik anak-anak muridnya. Boleh dikatakan semua anak-anak muridnya menjadi insan berguna dan hingga ke saat ini, ayahanda masih dikunjungi oleh bekas-bekas anak-anak muridnya. itulah kehebatan dan keberkatan ilmu agama yang disampaikan oleh ayahandaku pada muridnya. Aku sangat bangga dengan kedua ibu bapaku.
Bondaku pula seorang yang mementingkan ilmu pengetahuan dunia dan akhirat. Masa aku kecik-kecik dulu...selalu kena rotan kerana malas dan main-main belajar. Tetapi hasilnya, jadilah aku sekarang. Bonda juga adalah pengasas Sekolah Tadika di kampungku. Bayangkan masa tu...adik-adik ku masih kecil-kecil lagi dan bonda kena pergi kursus asas Asuhan Kanak-kanak. Dan semasa aku ada masa lapang, aku juga turut bantu bonda mengajar di sekolah Tadikanya. Memang seronok... bila teringat masa dulu-dulu. Aku akan catatkan lagi. Kali ini pasti lagi menarik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan